Monday, 2 January 2012

Kalau Lelaki..

Kalau Lelaki kacak pemdiam,
perempuan akn ckp: Wow!!! call gile!!
Kalau Lelaki x kacak pemdiam,
perempuan akn ckp: Eleh!! perasan bagus la tuu..

Kalau Lelaki kacak buat jahat,
perempuan akn cakap: Nobody"s perfect
Kalau Lelaki x ckp buat jahat,
perempuan akn ckp: Memamg..muka pun mcm jamban x siap!!

Kalau Lelaki kacak menolong perempuan yang diganggu,
perempuan akn ckp: Machonya..mcm hero filem!!
Kalau Lelaki x kacak menolong perempuan diganggu,
perempuan akn ckp: Entah2 .. tdi kwn dia.

Kalau Lelaki kacak dapat awek cun,
perempuan akn ckp: same padan .. SO SWEET!!
Kalau Lelaki x kacak dpt awek cun,
perempuan akn ckp: mesti kene bomoh ni..!!!

Kalau Lelaki kacak ditinggal kekasih,
perempuan akn ckp: don"t sad ok!! sye kn ade..
Kalau Lelaki x kacak ditinggal kekasih,
perempuan akn ckp: memang patut pun. (sambil tgk atas bwh b'kali2)

Kalau Lelaki kacak menyayangi binatang,
perempuan akn ckp: perasaan nya halus,penuh nan kasih syng
Kalau Lelaki x kacak menyayangi binatang,
perempuan akn ckp: sesame keluarga harus menyayangi.

Kalau Lelaki kacak bawa BMW,
perempuan akn ckp: hebat luar dalm!
Kalau Lelaki x kacak bawa BMW,
perempuan akn ckp: bang, mne bossnya?

Kalau Lelaki kacak tidk mhu b'gambar,
perempuan akn ckp: mesti x nk gambar nya t'sebar
Kalau Lelaki x kacak mhu b'gambar,
perempuan akn ckp: tentu x nk tgk hasilnya bkn??

Kalau Lelaki kacak b'sedih hati, 
perempuan akn ckp: let me be your shoulder to cry on...
Kalau Lelaki x kacak b'sedih hati,

perempuan akn ckp: npe ko kuat mnangis??mcm ni ke lelaki? = =''

Friday, 30 December 2011

Sahabat :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…
P/S PDH : Kita takutkan kekecewaan sedangkan kekecewaan itulah guru yg akan mengajar kita erti prinsip dan perlunya kita bangkit semula dari kegagalan kita. Kekecewaanlah yg akan mengajar kita betapa besarnya keburukan yg akan datang selepas kelalaian.Bahkan kekecewaan itu akan mengajar kita tentang perlunya kita berhati-hati ketika melangkah dalam kehidupan..

Thursday, 29 December 2011

Apa Erti Sahabat?

Apa Erti Sahabat?


Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan studi dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di UIA sendiri. Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?



Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.



Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Saya telah hadapi benda ini berkali kali.


Tapi saya tidak bersua muka dengan mereka. Sebaliknya saya doakan mereka diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata saya. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Dan seterusnya- Hasut.



Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.



Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa? Saya pernah. Dan kawan saya ni burukkan saya dekat Lecturer saya sendiri. Sampaikan saya dengan kawan yg sama-sama jadi mangsa terpaksa bangkit balik secara perlahan. Apa lagi yang boleh saya buat? KAWAN BAIK SAYA SENDIRI.


*Saya tidak ada jalan penyelesaian bagi permasalahan ni. cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka kalau anda mampu, dan berhati-hati lah dalam berkawan.
Ini hanya pandangan saya, kalau kawan anda bukan dikategorikan seperti di atas, saya

Wednesday, 28 December 2011

Travie McCoy: Billionaire ft. Bruno Mars [OFFICIAL VIDEO]

Amirah

Amirah comel kn dia .. ala bucuk2. ni adik angkat ak haha ..
umur ak sendiri pun x tau berape.. ak main ankut je bdk ni ahah gurau je..
Amirah keletah kot tu bb ak geram sgt2 kt dia ni..
kalau x ..xdenya ak nak geram ..huh comel nya ko..nk aje ak cubit hahah
kesial dia ..ok la cite pasal ko ni x menari pun haha . jaat gile ak ni.
pape pun amirah tetap adik ak .. iloveu bebe.. <3
vidoe ni wt ak t'sentuh sioot
kite kene la hargai seseorang yg kite syngi
jgn wt si dia mnangis kerane kesedih ..
wt la si dia mnangis krane gembira..
jika kite x ambil tau pasal si dia ..pasti sidia
merase sedih.. dn tidk dihargai ..
maka kite akn kehilang nya...

KILLA


hah.. ni plak KILLA kwn ak jgak..
seronok kot kwn nan killa ni sporting abis..
huh enjoin gile2 la .. lagi pun  killa ni satu kepale nan ak
emm bila la nk bukak sch ni ..
nak jmpr ko.. mesti ko still cm dulu kn!!
mesti kecoh punyer kalau ko ade ...
eeeeee rindu2x emm saba je la ..
xpe ti bole calling2 hehe :)
btw korang semua jgn igt killa ni lelaki tau ..
killa ni mmg jenis pen's hahaha i just kidding 
jgn mara killa..